Ptg tadi opis gua ada buat mkn2 sempena majlis farewell bdk2 trainee yg dh nk abeh training. Sapa ntah punye idea, parti kali ni derang buat stail 'Potluck'. Maka berlambaklah makanan dkt atas meja. Dipendekkan cerita, ptg tadi nafsu makan gua dh menguasai diri lantas perut gua penuh dgn segala bagai benda.
Pembuka selera gua stat dgn sate. Lepas tu gua beralih ke arah laksa langsung gua sambung pulak dgn spegheti. Seterusnya gua try rasa nasik dagang seiring dgn rendang dendeng. Setel yg berat2, gua pekena kek coklat sulam dgn buah2 segar sama air koktel. Kenyang......
Lebih kurang dlm pukul 6.00 ptg, gua tersandar depan pintu opis. Sorang2.... Asap winston lights dari dlm dada gua hembus perlahan ke depan muka sendiri membentuk gelang2 separa bulatan. Angin petang yg dingin menghembus rambut gua yg panjang x sampai seiinci. Fikiran gua melayang. Gua senyum nipis walau gua sendiri x paham apa yg gua senyumkan.
"Aiceh, menung jauh nampak.... x nak balik lg ke...??" akak H.R pejabat gua tegur selamba. Wajahnya nampak ceria dan bersemangat.
"Blum.... baru nk stat keje ni kak.... Shift malam....." jawab gua kemas sebelum gua bangun, pijak puntung rokok dan masuk semula ke dlm opis tanpa menoleh ke belakang.
No comments:
Post a Comment